Sunday, November 1, 2015

Cerita semalam kepada semalam semalam lagi.......krik....krikkk

Assalam semua...

Tetiba hari mengupdate blog sedunia.... tapi kan cam terkial2 jer nak menyusun ayat nih haha. Mungkinkah???Bilakah?????Dimanakah????????
Cerita alkisahnya dah lama.....cuti sekolah bulan 9 katanya tapi cam 2 bulan lepas tu ko rajin pun aci jer. Blog sendiri cerita sendiri syok sendiri (wakaka) apa ade kesah kan. Pengalaman pertama bagi anak dara sorang nih berkunjung ke Pantai Batu Feringgi,Penang. Macam asyik pulak dak qica ni tengok laut. Ammar biasalah aktiviti tersendiri. Tak peduli sapa dah dia.....


Ini pulak abang ayie dan qica...... apa yang qica tunjuk tu sayangggg....


Sempat jugaklah mandi kolam satu round walaupun mulanya agak takut2 qica. Bila abang Ammar g jauh jer dia nangis. Hishhhh la.....Ammar pun bukannya reti nak main dengan adik....tak salah dia jugak. Manalah best main kat kolam budak kecik....dahlah sempit...hihi


Keesokan harinya berkesempatan melawat bukit Bendera. Yang lawaknya tu pulak g waze ke bukit bendera jadi penunjuk arah ke bukit benderalah kan. haha. Terkejut gaklah jaga tu tengok kereta kami ni nak naik bukit bendera..Berlari keluar dia.....lurus bendul mengikut kata waze katanya haha. Rupanya carilah stesyen keretapi bukit bendera. Baru batul. Adooooiiiiii..... Apapun...tempat ni dah makin maju....dan cantik diberi nafas baru. Dulu tak macam nih...


Gitulah panjang lebar kan. Misi utama nak menghantar pengantin kaklong ni ha ke kg Penaga, Penang. Menyempatlah jugak berjalan2. Alhamdulillah....Edisi pengantin tapi gambar perantinnya takdelah pulak. Wink.....wink....

Saturday, October 3, 2015

Satu proses kehidupan...

Assalam...
Tak pernah share dan bercerita tentang perkembangan terbaru di daerah baru, negeri baru dan sekolah baru. Bukan apa.....mode blogging is slow melow jer. Apapun sesuatu mesti update kan sebagai noted aku la kan.
Alhamdulillah .... walaupun daerah baru katanya tapi bagi suami aku ialah balik asal ke kampungnya. So aku sebagai isteri mengikut kata hatinyalah nih.....Walau bukan kata hati sendiri pun takpelah kira pakej keluarga tersayang jelah.
Panjang pendahuluan walau sebenarnya nak cerita pasal rumah yang telah dibina di negeri kelantan nih. Bakal diduduki tapi tak tahulah bila nak siapnya....Macam tak lama dah. Doakan aku bahagia di sini..... tetiba haha.
Alhamdulillah......rezeki Allah. Moga takde masalah dan segalanya berjalan lancar.

Tuesday, September 29, 2015

Bermonolog....

Assalam blog....
Entah kenapa rasa goyah sangat. Sukarnya berpura-pura ok sedang hati is berkecamuk all over and over again. Hati retak di mana-mana... Memang....aku ssssangat berusaha setenang mungkin! Mencari ruang dan peluang untuk selesa tapi kenapa hati sangat....sangat.....mudah rapuh. Bilaaaa.......keikhlasan seakan tiada nilainya lagi. Mungkin aku bersikap terlalu naif dan lupa...itulah namanya manusia dan kehidupan.......